Tuesday, 19 December 2017

aku dan mengandung kali kedua

Salam dan hai...

kali ni aku nak cerita perjalanan aku mengandung kali kedua....selepas aku dah ok sket daripada scabies dengan segala  ubat utk scabies ,aku pun lupa dh brp lama aku x period...gatal tu weii...satu badan nak garu time kerja lagi kan...nasib tempat kerja ada aircond...kalau x siksa wooo...

ok skip pasal tu..lepas tu aku baru perasan kat kalendar aku xde tick warna merah sbb aku ada janji dengan pakar O&G nak bagi jawapan lepas 3 bulan kalau tak conceived lagi...dalam pada tu aku sempat jugak daki bukit...patut lah tersengih2 aku daki bukit sebab semput doe...#mr always wrong aku men jeling je...

dipendekkan cerita aku beli pregnancy test kit (strip) jenis murah sbb dulu aku beli mahal(skrg ekonomi x berapa cantik)....sah dua line..aku inform kat mr always wrong aku...tahun ni kita ada rezeki yang dinanti...tp kena sembunyi dulu dr family member...

maka bermula lah perjalanan aku dan mengandung nih..daftar diri kat klinik terdekat..prosedur makin buat ko bertabahlah nak....

1.proses daftar

  • macam biasa diorang mintak buku pink ko pregnant dulu 

  • sijil kahwen ko n asben, in case asben ko kali ni x sama,kalau sama sengih je ok...(doakan jodoh aku till jannah gitu)

  • bukak buku pink baru tengok tempat tinggal ko mana dan mereka tentukan zon nanti(tempat saringan n pemeriksaan kesihatan kandungan berkala nanti)

  • dalam masa tu ko bertabahlah  sbb kena pergi atas bawah atas bawah sebab check darah,check kencing,ambil result bawak tempat ko daftar tadi.(makmal kt bawah untuk pesakit luar)

    2.saringan risiko

    sebab aku dah ada kes dulu

    • anak meninggal dlm kandungan

    • obes lagi, 

    • umor dah ehem....35 tahun ke atas... 

      so aku kena jugak jumpa doktor untuk penerangan secara terperinci risiko yang aku hadapi selain daripada scan awal dan plan scan secara terperinci bila kandungan dan masuk 5 bulan ke atas...

      3.Dan perjalanan pun bermula dengan test air gula sebanyak 3 kali(1st sbb wajib 2. sebab x lepas first 3. sebab lupa diri makan kek,coklat bagai),kencing kotor sekali,injection ,rapid test hiv.....so kena hati2dan jaga diri time ni tau..nasib just control diet....kalau x welcome to da club sweet2 gitu...

      p/s: aku selamat bersalin bulan november tahun ni dan yes aku dapat baby girl(hint aku suka makan manis)