Wednesday, 15 April 2015

aku dan GST....

pada 1 april 2015....satu cukai baru yang lama diperbaharui telah dilahirkan dimuka bumi malaysia iaitu GST...nama penuh dia Gov. Service Tax..*betul ke aku rasa macam memandai plak*...

rata2 merungut sebab kenaikan harga barang.paling sadis tuala wanita dan lampin pakai buang bayi pun kena....semua orang merungut kerana kos hidup meningkat katanya...memang pun aku rasa....tapi aku tengok rakyat malaysia macam dh terbiasa dengan kenaikan beban kos hidup.sekejap je bising nya....tabik sama kamu wahai rakyat malaysia termasuk aku tu kononnya....

jadi aku buat perancangan kewangan yang x seberapa setimpal dgn gaji aku.....aku x boleh salahkan sapa2 dlm hal kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat serta pengurusan wang yang tidak efisien....cuma aku sedih melihat mereka yang pendapatannya tidak seberapa atau tidak menentu...tapi mereka tabah teruskan hidup...*aku kalah sekali lagi*jangan banyak merungut kalo sendiri boros tak sedar diri kos hidup meningkat.....aher kalam sambutlah seruan pak menteri....bawak bekal sendiri...student tu masak sendiri....naek beskal gi keje...*mampus kurus lah lemak aku ternak selama 10 lebih neh......

Tuesday, 24 March 2015

apa yang harus dilakukan bila.....

apa yang harus dilakukan bila.....

 Bayi dalam kandungan disahkan tidak selamat atau tipis harapan untuk hidup.

Pertama -tama .redha...tak mengapa untuk menangis dan berdoa untuk kebaikan diri anda dan anak anda.mungkin bukan rezeki...kedua meminta kaunseling serta pandangan daripada ustaz/alim ulama...sekiranya ada kaunselor lagi bagus untuk anda meluahkan perasaan bila itu terjadi...sekiranya anda ada kawan karib/rapat boleh luahkan perasaan anda....bagi mereka yang masih mempunyai ibubapa ceritakan kepada mereka dengan harapan mereka akan faham.begitu juga sebelah mentua....dalam sesetengah hal perempuan lah yang selalu jadi mangsa atau dipersalahkan ....kerana tidak menjaga diri,degil atau tidak mahu mengikut pantang larang semasa mengandung...yang pasti itu kuasa tuhan...kita manusia tidak layak untuk mempersoalkan ketentuan tuhan.......

untuk memuaskan hati diri sendiri selalu nya kita akan mencari punca akibat mengapa bayi dalam kandungan  kita begitu.tanya dengan pegawai perubatan lebih bagus lagi kalau pakar perubatan dalam o & g.....kalau tidak puas hati lagi tanya o search google...anda tidak keseorangan menghadapi masalah yang sama.cuma cara penerimaan dan pemahaman anda serta tindakan sahaja yang berbeza...

p/s : saya memilih untuk berpantang di rumah sendiri selepas di induced @ 'bom' kerana takut terjadinya sepsis.memang sedih tapi mental kena kuat kerana kita ada lagi yang hidup yang prihatin dengan kita...
aku rasa time berpantang kt umah rupa aku macam ni kot

Monday, 23 March 2015

aku dan rezekiku....

selama hampir 7 bulan aku mengandung aku rasa gembira....wah x lama lagi akan menimang cahayamata sendiri.....tetiba masa buat pemeriksaan rutin Dr kata kandungan  ada masalah....byk masalah lah puan kata Dr tu...dh tu rujuk aku ke hospital yg ada pakar.aku pun bergegas lah....dh jumpa dan berita itu amatlah meruntuh semangat aku.....anak puan peratusan survive x tinggi..aku terasa dunia aku gelap.....